JOHOR BAHRU: MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional (BN).
Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan terlalu awal untuk soal berkenaan dibangkitkan.
"Kita kena bekerja setiap masa. Kita tidak mahu jadi bidan terjun hanya berada di kawasan menjelang atau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja. Ini tidak dialukan," kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA itu di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata MCA perlu mempunyai satu gerak kerja yang kukuh untuk mendampingi rakyat kerana buat masa ini, terdapat banyak isu yang harus diberi perhatian termasuklah membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
"Pada ketika ini kita sepatutnya tunjuk keprihatinan kerana ada rakyat hidup susah. Kita perlu hulur bantuan dengan menggunakan jaringan yang ada," katanya.
Beliau juga berkata :"MCA, MIC dan UMNO adalah adik beradik, bersama dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kita adalah satu keluarga."
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021
Ka Siong menyifatkan terlalu awal untuk soal berkenaan dibangkitkan. - Gambar fail/ Bernama
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA
Ini kali kedua Perdana Menteri hadir majlis berkenaan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.
Bilal 'terkejut' namun hormati keputusan MCA
Bekas jurulatih kriket lelaki negara, Bilal Asad menghormati keputusan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk tidak melanjutkan kontraknya.
PRK Kemaman: Sokongan masyarakat Cina terhadap BN meningkat - MCA
Perubahan itu dapat dirasai jenteranya ketika berkempen, yang memasuki hari kesebelas hari ini.